Rindu maseh berbisik
Berikut merupakan secebis isi hati yang aku ingin kongsikan.
20 mei 2001
Hari tu macam biase, lepas tunaikan tanggungjawab kat umah tok teh, abah balik ke rumah dalam pukul 8. Masa tu umi takde, umi pi surau. Aku terus tanya abah, abah beli paper tak. abah senyum je, & terus bagi paper kat aku. Abah tanya, dah mandi ke lum. Aku jawab lum, nak bace paper jap. Tak lama pastu isya’. Abah nak sembahyang, die ajak aku sekali. Tapi aku cakap abah sembahyang lah dulu, isya’ takpe lewat siket. Bile dengar jawapan loyar buruk aku abah senyum je.
Dalam pukul 9 lebih, umi balik dari surau. Masa tu, abah ada kat dapur, tengah tengok berita kat tv. Umi tanye abah dah nak makan ke. Dengan lembut abah jawab, leh, tapi siket je, abah kenyang lagi. Biasanya aten ngengade masa tu nk makan jugak, sampai abah terpaksa berhenti makan & suap dia dulu. Tapi malam tu die baek pulak. Lepas makan & basuh segala yang ada kat sinki dapur, abah sambung tengok tv ngan umi. Masa tu abang takde, ade tuisyen. Aku ingat lagi, masa tu aku tengah tengok tv kat ruang tamu, tiba-tiba dengar kecoh kat dapur. Masa tu aku tengok umi tengah lap badan abah. Rupa-rupanya badan abah berpeluh, tapi peliknya peluh tu peluh sejuk. Aku ingat lagi dialog tu. Umi tanya naper badan abah berpeluh, abah senyum je & jawab tolong lah lapkan.
Tak lama lepas tu, abah cakap abah nak masuk tidur kat bilik. Umi terus kejut aten ngan iju ajak masuk tido. Abang balik dalam pukul 10. Kami same-same tengok tv. Tiba-tiba dengar umi jerit dari bilik, Izat! Amer! Cepat masuk bilik, tengok abah nie. Masa tu, aku tengok abah dah tak sedar atas pangkuan umi. Aku terus pangku abah dari umi, ajar abah mengucap.aku tengok abang terus berlari keluar pegi panggil saudara aku yang duduk kat sekitar rumah. Lepas tengok takde respon, aku serah balik kat umi & terus pi telefon saudara yang laen.
Lepas telefon, aku masuk balik bilik abah, masa tu aku tengok air mata umi dah mengalir. Tak lama lepas tu,saudara yang duduk dekat rumah sampai. Tapi nenek belah umi belum sampai, aku keluar rumah nak pi panggil. Masa tu, 1 je doa aku, janganlah KAU biarkan aku jadi yatim ya ALLAH. Tak samapai separuh jalan. Aku tengok nenek aku tengah berjalan, aku terus capai tangan dia & ajak dia cepat. Dalam bilik abah, saudara yang duduk kat sekitar rumah dah ada. Masa tu, pak cik aku ajar abah mengucap. Masing-masing tengah picit badan abah. Masa tu jugak aku pandang kaki abah, dah berlunjur ke depan. Tapi aku tak percaya. Abah nesti takde pape. Nenek saudara aku mintak aku dengan abang picitkan betis abah. saudara laen pon tolong picitkan sekali. tak lama lepas tu, abah mula sedar & ucapkan ALLAH tak berhenti sambil mengucap. Lepas tengok ramai orang dalam bilik tengah picitkan dia, dia terus cakap, berhentilah, dah takde pape. Tapi semua cakap takpe, sambil mintak abah baring je.
Mase tu, umi tanya abah, abah saket kat mana, tapi macam biasa abah senyum je sambil cakap tak sakit pape pon. ALLAH je tahu betapa leganya hati aku masa tu. Tak lama lepas tu, abah bangkit dari tilam, abah keep cakap abah dah tak saket sambil mintak semua tak yah lah picit lagi. Masa tu lah jugak umi tanya lagi, abah bagitahu lah abah saket kat mane. Wajah abah senum jugak sambil cakap tak saket pon. Umi tanya lagi soalan same, masa tu lah riak wajah abah dah laen siket. Abah cakap tak saket pown, cuma kat belakang leher nie je saket siket. Umi pegang belakang leher abah & tanya kenapa keras sangat belakang nie bah? Masa tu abah dah separuh sedar balik. Semua suruh abah baring balik, tapi abah peluk nenek aku kat depan. Umi tanya naper baring kat mak? Baring lah kat tilam nie. Tak lama lepas tu, abah baring kat pangkuan umi & peluk umi erat-erat. Tapi pelukan tu makin lama makin longgar. Umi baringkan balik abah kat tilam. Masa tu pak cik aku periksa nadi dia, sambil cakap dah perlahan sangat.
ALLAH je tahu betapa hancurnya hatiku masa tu. Aku keluar kat beranda rumah sambil nanges. Masa tu abang datang kat sebelah aku sambil cakap, yie tak baek tahu nanges sangat. Tapi aku memang tak leh kawal lagi. Tak lama lepas tu, pak li & ayah wan sampai. Dieorang tanya abah mana? Aku mampu geleng kepala je then baru cakap, abah dah takde. Semua terkejut & gegas naek ke rumah. Semua tak percaya, even malam tu ramai yang telefon balik lepas dapat tahu berita tu. Masing-masing tak nak percaya sebab abah memang jarang saket. Moga ALLAH rahmati abah.
Abah,
Kejap je kan. Sedar-sedar dah 9 tahun abah tinggalkan orang. Hari-hari rasa macam kosong je. Rasa macam semalam je orang cium tangan abah masa nak pi sekolah.
Baru lagi rasanya orang tolong mandikan jenazah abah. Pilu sanagt bah bile ingat balik. Rindu nak bermanja ngan abah macam dulu-dulu. Mesti abah ingat lagi kan malam sebelum abah meninggal, malam tu orang belasah iju cukup-cukup sampai die nanges. Sumer pasal berebut nak tengok tv. Masa tu abah keluar bilik. Orang dah takut ingat abah nak marah orang, tapi alik-alik abah marah iju sebab cari pasal ngan orang. Abah mane leh marah orang, nanti kalu orang majuk, abah jugak yang kene pujuk.
Teringat masa abah tengah nak tanam apa ntah, masa tu orang maen kapak, abah larang, tapi orang wat dunno je. Tak lame pas tu kapak tu cari pasal ngan orang. Calarkan ibu jari siket. Anak manja abah nie ngadu kat abah. Ingatkn abah nak sapu ubat, tapi abah marah pulak.lepas kene marah tu r orang nanges, actually bukan sebab saket pon, tapi taknak kene marah lagi. Masa tu lah abah ucapkan nasehat keramat abah. Jangan nanges, anak abah kene kuat. Tapi orang nages jugak. Memang ngengade. Tapi sweet sangat saat tu kan bah?
Mesti abah ingat lagi kan time iju kene api dulu? Orang nak gelak kat iju, tapi tak jadi lepas tengok muka risau yang amat abah. Kalau boleh masa tu jugak abah nak bawak iju pi klinik, tapi masa tu dah tengahari, hari jumaat pulak tu. Tapi kan bah, sampei sekarang iju jadi bahan, orang bakar sampah, die pi bakar tangan.
Tapi, sumer dah jadi kenangan. Abah dah takde. Kalau orang majuk pon sekarang takde orang dapat pujuk. Abah je yang tahu camne nak pujuk anak abah yang sorang nie & rahsia tu selamat ngan abah sampei bile-bile.
Dulu Cu ada citer, masa tok teh masuk ward dulu, cu pernah kenekan abah. Bagitahu doktor nak penderma darah, abah dah laen macam masa tu. tapi kelakar kan bah, sebab sekarang orang pon takut ngan darah. Entah raya tahun bila entah, masa kak azna balik, semua buat medical check up ngan die, tapi abah sorang je yang ngelat. So, sekarang baru lah orang tahu naper orang alergik ngan doktor. Orang kan anak abah!
Orang ingat lagi macam mana abah lalui hari-hari abah. Tak pernah pon abah mengeluh walau hari-hari abah berulang alik ngan rumah tok teh. Orang bangga sangat bile dengar orang cakap, alhamdulillah, nak meninggal pon sempat berbakti pada mak sendiri. Orang nak jadi macam tu jugak. Nak jage umi bebaek macam abah jage tok teh. Nak jadi anak yang soleh untuk abah ngan umi.
Tadi pak su ada anto sms. Die cakap abah beruntung ada kami. Orang tahu bah, sebenarnya dia pon rindu kat abah, lebih lagi dari orang rindu kat abah. Saper yang tak sayang kat abah kan?
Orang mintak maaf sesangat ngan abah. Orang tak leh nak jadi anak abah yang kuat. Luar nampak matang, tapi dalam hati ada taman. Orang tetap anak abah yang manja macam dulu.
Abah, ALLAH je tahu betape rindunye nak bermanja dengan abah. Hari nie genap 9 tahun abah tinggalkan orang. Moga abah aman di sana.
Orang nak pi bersiap dulu. Nak bacakan something untuk abah. Pak su pon same. Terima kaseh bah sebab dah besarkan orang ngan penuh kaseh sayang. Biar lah orang laen nak cakap orang anak yang tak kenang budi ke ape, sebab abah ngan umi lagi tahu orang macam mana.
orang mintak diri dulu bah. Esok insyaALLAH orang ziarah abah macam biase..
salam sayang dari orang,
-anakabahyangmanja-
Al-fatehah untuk almarhum ayahanda Muni bin Abdullah,
Kembali ke rahmatullah pada 11.45pm, 20 mei 2001
5:07 AM
|
Labels:
isi hati
|





0 comments:
Post a Comment