Hidup Bertuhan
Kadang kala, hidup ini sering kali dihujani ujian sehingga membuat kita terfikir akan matlamat kehidupan. Apakah jalan penyelesaiannya, maseh adakah hari esok buat kita, dan persoalan sebegini sering merantai jiwa yang bermasalah, membelenggu hati hingga menghancur luluhkan kehidupan. Memang hidup ini sering diuji, kerana hakikatnya, kita seorang hamba dan dunia inilah pentas ujiannya, menentukan sama ada kita layak untuk bertemu Pencipta dalam keadaan berbahgia ataupun celaka.
Bila hati gundah, ingatlah pada Pencipta. Sedikit ujian yang diberikan, ribuan, malahan jutaan ujian rahmat yang mendatang. Bersangka baek lah dengan DIA, kerana DIA takkan sekali-kali meninggalkan kita lemah tanpa jiwa. Cubalah melihat dunia melalui kotak yang lebih besar, dan bukan hanya terhad dalam sesuatu peristiwa mahupun perkara kerana mata akan memandang apa yang mahu dipandang dan otak akan berfikir apa yang mahu difikir. Janganlah diletakkan sempadan yang tidak sepatutnya dalam kotak pemikiran kita, lebih-lebih lagi dalam situasi dunia hari ini yang terbina tanpa sempadan.
ALLAH takkan berikan apa yang kita inginkan, sebaliknya akan memberikan apa yang kita perlukan. Kita merancang, dan ALLAH jua merancang, tetapi DIA lah sebaek-baek perancang. Bila diambil sesuatu daripada kita, jangan lah pula ada gundah, kerana setiap sesuatu itu bukan milik kita pada hakikatnya, walaupun pada pandangan mata ia seperti milik kita. Ingatlah, setiap sesuatu yang kita miliki tidak lebih daripada suatu pinjaman dari Pemiliknya. Sampai masa, segalanya akan dipulangkan kepadaNYA. Itulah hakikat kehidupan yang kita sedia maklum, tetapi susah dihadam oleh benak pemikiran.
Lihatlah setiap yang berlaku dengan penuh hikmah, iaitu bukan hanya pada permukaan suatu kejadian. Selamilah dasarnya, kerana di situ kita akan temui pelbagai khazanah yang membuat jiwa kacau menjadi tenang. Dan hasilnya, moga kita menjadi hambaNYA yang bersyukur tanpa mengira apa sahaja yang dikurniakan pada kita kerana hakikatnya, kita ini hanya hamba, dan hamba tidak punyai sebarang hak untuk mempersoalkan TUAN nya tentang apa yang dikurnia. Terimalah segalanya dengan hati yang terbuka serta teruskan usaha untuk makin dekat padaNYA.
Hidup ini akan indah jika segalanya kerana ALLAH. Bersangka baek lah denganNYA. Usah ada benci bila ade ujian yang melanda, kerana ujian itu yang mematangkan kita, membuat kita waspada dengan permainan dunia, agar pulangnya nanti kita pada DIA tidaklah termasuk dalam golongan yang celaka, golongan yang mensia-siakan kehidupan dunia untuk nikmat yang sementara.
Moga artikel ini bermanfaat untuk semua. Bersamalah kita mendidik jiwa agar sabar dalam kesusahan, syukur dalam kesenangan, puncak manifestasi hidup bertuhan.
Sekian..
5:30 PM
|
Labels:
isi hati
|





2 comments:
alhamdulillah diberi kesempatan membaca post ko ni ejat.
selamat berpuasa~
thanx meen..
ramadhan mubarak jgk
(^_^)V
Post a Comment