mencari makna hidup

maaf kiranya aku lama tidak menulis. sibuk dengan urusan dunia juga adanya. sering kali aku tertanya-tanya tentang tujuan hidup. ke mana hala tuju yang ingin dihala. dan mungkin kah ada lebih dari satu tujuan untuk meneruskan kehidupan. bagi yang berkiblatkan dunia, mungkin harta yang menjadi tujuannya. tapi mampukah harta itu membeli tiket ke soorga? mungkin boleh jika kena caranya.

sebenarnya,apa yang sebenarnya kita inginkan dalam hidup?harta?pangkat?atau wanita?semuanya tampak menarik untuk bekalan hidup yang sementara.tapi mungkinkah semua itu mampu membeli ketenangan?berapa ramai orang yang kaya dan berpangkat tapi tidak pernah berasa aman dengan kehidupan.sentiasa diburu rasa resah dan gelisah. tiada rasa bebas melaenkan gundah memikirkan 1001 masalah.

tidak salah mencari harta,tapi biarlah bukan hanya untuk dunia,kerana kita hidup di dunia untuk mencari suluh bekal di alam sana.rasanya setiap.dari kita ada menyimpan hasrat untuk menjadi kaya.tapi tahukah kita apa sebenarnya erti kaya itu?

pesan guru,untuk menjadi kaya tidaklah susah,tetapi hendaklah berasa sentiasa cukup walau dalam kekurangan. nah!resepinya sudah ada,tapi dari segi pelaksanaannya memang cukup mencabar.siapa mungkin berasa cukup walau kurang?di sinilah gunanya iman dan ihsan.orang beriman sentiasa redha atas segala kurniaan,tidak kira ianya membawa manfaat atau mudharat,kerana hidup matinya ikhlas kerana Allah.seterusnya dari iman,akan melahirkan sifat ihsan.moga diri kita termasuk dalam golongan mukmin yang muhsin.

kelodak kehidupan,bukanlah sesuatu yang boleh dicuci dalam masa semalaman. ianya memerlukan kerja keras yang berpanjangan dan perlu dijalankan secara terancang dan istiqamah. untuk senang,tiada kerja yang senang boleh dilakukan,di mana ada kemahuan,di situ pasti ada jalan.

hidupku sebenarnya agak kelam sekarang.maseh merangkak mencari erti ketenangan.sifat cukup dalam kekurangan maseh jaoh dari jangkauan.mungkinkah akan ada sinar baru untukku teruskan perjalanan?ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami dalam mencari redhaMu.

pesan pada hati,jangan takut,jangan bersedih,sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.

sekian.

Hidup Bertuhan

Kadang kala, hidup ini sering kali dihujani ujian sehingga membuat kita terfikir akan matlamat kehidupan. Apakah jalan penyelesaiannya, maseh adakah hari esok buat kita, dan persoalan sebegini sering merantai jiwa yang bermasalah, membelenggu hati hingga menghancur luluhkan kehidupan. Memang hidup ini sering diuji, kerana hakikatnya, kita seorang hamba dan dunia inilah pentas ujiannya, menentukan sama ada kita layak untuk bertemu Pencipta dalam keadaan berbahgia ataupun celaka.

Bila hati gundah, ingatlah pada Pencipta. Sedikit ujian yang diberikan, ribuan, malahan jutaan ujian rahmat yang mendatang. Bersangka baek lah dengan DIA, kerana DIA takkan sekali-kali meninggalkan kita lemah tanpa jiwa. Cubalah melihat dunia melalui kotak yang lebih besar, dan bukan hanya terhad dalam sesuatu peristiwa mahupun perkara kerana mata akan memandang apa yang mahu dipandang dan otak akan berfikir apa yang mahu difikir. Janganlah diletakkan sempadan yang tidak sepatutnya dalam kotak pemikiran kita, lebih-lebih lagi dalam situasi dunia hari ini yang terbina tanpa sempadan.

ALLAH takkan berikan apa yang kita inginkan, sebaliknya akan memberikan apa yang kita perlukan. Kita merancang, dan ALLAH jua merancang, tetapi DIA lah sebaek-baek perancang. Bila diambil sesuatu daripada kita, jangan lah pula ada gundah, kerana setiap sesuatu itu bukan milik kita pada hakikatnya, walaupun pada pandangan mata ia seperti milik kita. Ingatlah, setiap sesuatu yang kita miliki tidak lebih daripada suatu pinjaman dari Pemiliknya. Sampai masa, segalanya akan dipulangkan kepadaNYA. Itulah hakikat kehidupan yang kita sedia maklum, tetapi susah dihadam oleh benak pemikiran.

Lihatlah setiap yang berlaku dengan penuh hikmah, iaitu bukan hanya pada permukaan suatu kejadian. Selamilah dasarnya, kerana di situ kita akan temui pelbagai khazanah yang membuat jiwa kacau menjadi tenang. Dan hasilnya, moga kita menjadi hambaNYA yang bersyukur tanpa mengira apa sahaja yang dikurniakan pada kita kerana hakikatnya, kita ini hanya hamba, dan hamba tidak punyai sebarang hak untuk mempersoalkan TUAN nya tentang apa yang dikurnia. Terimalah segalanya dengan hati yang terbuka serta teruskan usaha untuk makin dekat padaNYA.

Hidup ini akan indah jika segalanya kerana ALLAH. Bersangka baek lah denganNYA. Usah ada benci bila ade ujian yang melanda, kerana ujian itu yang mematangkan kita, membuat kita waspada dengan permainan dunia, agar pulangnya nanti kita pada DIA tidaklah termasuk dalam golongan yang celaka, golongan yang mensia-siakan kehidupan dunia untuk nikmat yang sementara.

Moga artikel ini bermanfaat untuk semua. Bersamalah kita mendidik jiwa agar sabar dalam kesusahan, syukur dalam kesenangan, puncak manifestasi hidup bertuhan.

Sekian..

Menjadi yang terbaek


Dalam perjalanan hidup serba singkat ini, pasti semua inginkan yang terbaek dalam hidup. Tiada yang ingin menjadi yang kedua apatah lagi yang ketiga, kerana masing-masing hanya impikan yang pertama, malah telah tersemat secara rasmi di benak minda, bahawa hidup itu suatu perlumbaan, tiada tempat untuk yang terkemudian. Mungkin kejam, tapi itulah tujuan hidup segolongan dari kita kejarkan. Dari sini, mulalah bercambah bibit-bibit kebencian, menghapuskan sifat kechentaan. Lebih mengharukan, akan zahirlah sifat kebinatangan, sekaligus menghapus norma kemanusiaan. Halal dan haram bukan lagi menjadi pucuk pangkal persoalan kerana semuanya hanyut bermain gelombang. Maka terhasil lah generasi korup yang hanya mementingkan pencapaian semata, jauh sekali memikirkan soal syurga neraka.

Menjadi yang terbaek menjadi impian semua, tidak kiralah sesiapa pon dia. Akan tetapi, yang terbaek itu kadang kala amat relatif untuk diberi maksud. Mungkin yang baek pada pandangan kita itu, tidaklah sesuai sama sekali untuk kita, kerana pandangan kita amatlah terbatas, kadang terlepas, kadang terkandas. Kita selalu merancang, dan TUHAN juga merancang, dan sesungguhnya, DIA lah sebaek-baek perancang. Jika diperhalusi susur galur penceritaan hidup kita sendiri, pasti kita akan dapat fahami, jika tempang penceritaan kesah lalu, pastilah cacat nikmat hidup hari ini. Hidup ini bukan untuk diratapi. Hayati, nikmati dan syukurilah ia sementara masa maseh berbekas, sebelum ianya hilang tanpa belas.

Kita mungkin bukan yang terbaek, tetapi nilai yang ada pada kita, mampu mengubah kita untuk menjadi yang terbaek. Dan sepastinye, yang terbaek itu bukanlah hanya dengan menjadi yang pertama, boleh jadi yang kedua mahu pun yang ketiga. Tepuk dada tanya iman, jangan pula tepuk perut tanya mulut, kerana mulut bisa mengarut. Tidak kesah lah di kedudukan mana pon kita berada, tapi buatlah sesuatu dengan menghadirkan jiwa padanya, insyaAllah, pasti semuanya mudah belaka. Niat untuk berubah menjadi yang terbaek mesti dibaja sepenuhnya di dalam jiwa, agar ia nanti bakal tumbuh mekar menghiasi dunia, menyebar luas membias cahaya untuk manfaat sekalian manusia. Pasti ada ganjaran yang menunggu kita, jika tidak di dunia, pasti di akherat sana.

Kerap kali kita kecewa, bila apa dicita tiada kedapatan. Anggap saja segalanya tarbiah dari TUHAN, sebagai suluh bekal untuk hari kemudian, agar tidak sesat dalam perjalanan, moga dapat dijadikan pedoman.

Dan aku sepastinya, bukanlah insan terbaek untuk mengupas isu menjadi yang terbaek kerana aku bukanlah yang terbaek. Aku hanya insan biasa, tiada sifat istimewa persis adiwira, yang mampu menolong semua, mengubah isi dunia apatah lagi mencipta bahagia. Aku hanya insan biasa, kadang terlupa, kadang terleka. Tunjukkan aku jalan ke syurga, agar nanti bahagia dapat kita rasai bersama.

Aku bukanlah hamba TUHAN yang baek, bukan juga si anak yang baek, juga bukan teman yang baek, apatah lagi si bapa yang baek kerana aku bukan yang terbaek. Tapi impianku tetap inginkan yang terbaek untuk mereka yang terbaek. Dan andai aku menutup mata, pergi meninggalkan dunia, usah ditangisi pemergian aku, kenangilah segala kenangan kita, moga ia bisa mengubat duka. Hidup ini suatu perjuangan, kerana dunia ladang akherat.

Sekian.

Catatan pengalaman sebuah kehidupan 2

Sebenarnya, banyak sekali yang ingin aku coretkan, tetapi apakan daya, batas waktu cukup menbatas, mencemburui tanpa kenal erti ihsan dan belas. Jika ada yang bertanya mengenai kehidupanku, hanya senyuman mampu kuhadiahkan sebagai tanda sebuah kesyukuran pada nikmat kurniaan Tuhan Sekalian Alam. Hidup tanpa ujian bukanlah kehidupan namanya. Anggap saja segala ujian itu sebagai tarbiah dari Yang Maha Kuasa. Sebuah sketsa kacau bilau kehidupan, kadang kala cukup sinis untuk dipertonton pada khalayak, jadi ada baiknya jika ia disimpan dari pengetahuan, agar nanti tidak terserlah segala keaiban.

Ujian yang datang, membuat kita kadang terfikir, apa yang tidak kena pada garis kehidupan. Mungkinkah ada cacat cela sepanjang melakar baris panjang sepanjang jalan kehidupan? Pasti ada yang bertanya dalam diam mengapa jalan ini yang kita pilih. Bahkan, mungkin ada yang terus menyalahkan Tuhan bila diletakkan duri di tengah jalan kehidupan. Janganlah ragu dengan aturan Tuhan kerana kita merancang dan Dia jua merancang, tetapi Dialah sebaik-baik perancang. Pasti ada hikmah yang bakal mendatang meyuluh sepanjang jalan buat bekal di hari kemudian. Cuba perhatikan kejadian pelangi yang indah, ianya tidak datang tiba-tiba melainkan disertai dengan hujan terlebih dahulu. Begitu juga dengan sketsa sebuah kehidupan, pasti pahit dan manis silih berganti, datang tanpa jemu sebagai penguat hati penghibur sebelum mati. Jadi, jangan terus cepat membuat kesimpulan, menyalahkan Tuhan atas sebab keberadaan kita di atas jalan ini. Teruskan perjuangan tanpa sesekali lupa untuk menoleh ke belakang sebagai cerminan masa hadapan juga sebagai panduan meniti gelombang mendatang.

Hidup ini cukup indah untuk dikenang, menyorotinya cukup untuk membuat kita tersenyum keseorangan. Kita berada di sini pada hari ini kerana sejarah yang telah kita lakar sebelum ini. Tanpa sejarah itu, maka tempanglah penceritaan hidup dan terus cacatlah kesahnya, Maha Suci Tuhan yang Maha Bijaksana dalam memastikan perjalanan setiap hidup hamba-hambaNya.

Menyelusurinya, tidak lengkap tanpa kehadiran insan-insan hebat yang menjadikan sebuah jalan cerita yang mantap. Buat semua, terima kaseh kerana sudi hadir dalam sebuah sketsa kacau bilau kehidupanku. Tidak kiralah sebagai watak apa sekali pon yang kalian bawakan, tetapi kesudian kalian untuk muncul cukup membawa erti yang besar dalam membina sahsiah dan peribadi. Maafkan aku jika hasil yang kedapatan tidak setimpal dengan bakat yang dicurahkan kerana aku juga manusia biasa, punyai cacat cela, kadang terlupa, kadang terleka.

Hidup ini bukanlah suatu penyesalan, harungi, nikmati dan syukuri pada yang Maha Pemberi. Jadikanlah kegagalan semalam sebagai peluang untuk mencipta masa depan yang lebih gemilang.

Dan aku akan tetap meneruskan perjalanan, mencari makna menerobos ruang sempadan, buat bekal hari kemudian. Buat semua teman rapat, jauh mahupun dekat, terima kaseh atas segalanya. Jasa kalian akan ku kenanag sepanjang zaman kehidupan. Rindu benar untuk menghabiskan masa bersama kalian, berkongsi kesah kehidupan disulam kenangan silam. Tetapi apakan daya, masa tetap membataskan segalanya. Apa yang pasti, aku akan tetap berada di sini, memerhati kalian dari jauh, tanpa sesekali lupa untuk menghadiahkan sekalung doa, agar kalian terus berbahagia hendaknya dalam rahmat Tuhan sentiasa. Dan ketika jatuh, jangan menyangka bahawa kalian bersendiri, kerana aku dari jauh sentiasa memerhati, menadah tangan memohon Ilahi, agar kehidupan tiada berantakan.

Sekian.

p/s-

i-aku rindu sama korang..

ii-al fatihah buat bonda angkat aku yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. buat azzi sekeluarga, banyakkan bersabar. kami sentiasa bersamamu..

motivasi sekolah kehidupan

Lama benar rasanya aku menyepikan diri. Banyak sekali yang ingin aku kongsikan, tetapi kekangan masa begitu menghambat masa untuk terus berkongsi cita dan cinta. Jadi, masa yang ada akan kumanfaatkan sepenuhnya untuk berkongsi secangkir kisah sekadar buat pencerahan minda. Liku hidupku kebelakangan ini agak suram akibat dari terpalitnya dosa silam. Kesilapan lalu terus menghantui setiap detik waktu. Mungkin tika itu aku masih mentah dalam mencari erti sebuah kehidupan sehingga tersalah membuat perhitungan, tapi kesannya cukup berbekas, berbisa hingga bisa merubah sikap ihsan dan belas.

Aku akui, kekadang pasti terlintas di lubuk sanubari, mengapa jalan ini yang aku pilih? Mengapa jalan ini yang aku lalui? Mungkinkah haluan ku telah tersasar dari matlamat asal sebuah kehidupan? Soalan-soalan sebeginilah yang membuat fikiranku makin berserabut sehingga hidup pun jadi kalut. tapi sepastinya DIA mempunyai segala perancangan. Dan aku, sebagai pelakon di pentas dunia yang menjayakan sebuah drama tari kehidupan, perlu menjalankan sebaiknya peranan dalam menghidupkan watak yang diberi.

Hidup ini bukan untuk diratapi, tapi perlu dihargai dengan rasa rendah diri atas segala nikmat yang diberi. Pengalaman lepas boleh dijadikan suluh bekal untuk mengharungi hari muka. Mungkin ujian hari ini rahmah untuk kemudian hari. Apa yang penting bersangka baiklah dengan TUHAN, kerana TUHAN tidak pernah meninggalkan kita tapi sebaliknya kita yang selalu meninggalkan TUHAN dalam kehidupan.

Apa yang aku catatkan ini tidak lebih sebagai suatu motivasi untuk diri sendiri kerana aku juga hanyut dalam gelombang, perlukan bantuan untuk teruskan perjuangan. Usah diungkit kisah silam untuk mencari titik kesalahan kerana aku perlukan harapan untuk melakar garis kejayaan di masa hadapan. Biarkan kisah kelam dalam kelambu sejarah, kerana kelambu sejarah bisa kita singkap bila waktu terdesak terutamanya sebagai panduan agar ia tidak berulang.

Sekolah kehidupan perlukan roh untuk diberi penghidupan. Roh itu datangnya dari hati untuk menyuburkan kehidupan. Buatlah setiap sesuatu dengan menghadirkan hati di dalamnya. Dengan izin TUHAN, pasti segalanya mudah belaka. Bajailah segalanya dengan pengharapan pada PENCIPTA.

Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk menziarahi ibu seorang teman yang baru selesai menjalani pembedahan. Cukup menginsafkan, bila memikirkan tabahnya beliau mengharungi setiap ujian. Doaku, moga bonda sentiasa berbahagia hendaknya. insyaALLAH, jika ada kelapangan, bersua lagi kita hendaknya. Buat teman berkenaan, jaga bonda sebaeknya agar kesehatan beliau pulih seperti sedia kala.

Ujian yang datang membuatkan aku begitu merindui teman-teman akrabku ketika di sekolah dahulu, berkongsi setiap sesuatu, menghibur hati saat pilu, menunjuk jalan tika keliru. Walau aku mahu, tapi aku juga malu, kerana terkadang kami tidak punya waktu. Moga ALLAH mengizinkan kita bersua bersama sebelum aku menutup mata buat selama.

Aku juga ingin mengambil kesempatan atas sela masa yang ada, untuk merafak sembah, memohon ampun atas segala keterlanjuran buat mereka yang berkenaan. Mungkin ada silapku yang mendorong perubahan sikapmu. Maafkan aku atas segala bait-bait kata yang mungkin menjadi racun berbisa, juga pada tingkah laku yang mana tidak senang di mata. Khabarkan padaku akan apa yang kau rasa, agar setiap kekusutan bisa terbuka. Atau mungkin aku perlu pergi membawa diri seperti yang biasa aku tempuhi.

Hidup tidak lebih dari sebuah persinggahan untuk mengumpul seberapa banyak bekalan sebagai tukaran untuk menghadap TUHAN sekalian alam. Hadapinya dengan tenang untuk pengakheran yang gemilang.
Sekian.

Rindu maseh berbisik


Berikut merupakan secebis isi hati yang aku ingin kongsikan.

20 mei 2001

Hari tu macam biase, lepas tunaikan tanggungjawab kat umah tok teh, abah balik ke rumah dalam pukul 8. Masa tu umi takde, umi pi surau. Aku terus tanya abah, abah beli paper tak. abah senyum je, & terus bagi paper kat aku. Abah tanya, dah mandi ke lum. Aku jawab lum, nak bace paper jap. Tak lama pastu isya’. Abah nak sembahyang, die ajak aku sekali. Tapi aku cakap abah sembahyang lah dulu, isya’ takpe lewat siket. Bile dengar jawapan loyar buruk aku abah senyum je.

Dalam pukul 9 lebih, umi balik dari surau. Masa tu, abah ada kat dapur, tengah tengok berita kat tv. Umi tanye abah dah nak makan ke. Dengan lembut abah jawab, leh, tapi siket je, abah kenyang lagi. Biasanya aten ngengade masa tu nk makan jugak, sampai abah terpaksa berhenti makan & suap dia dulu. Tapi malam tu die baek pulak. Lepas makan & basuh segala yang ada kat sinki dapur, abah sambung tengok tv ngan umi. Masa tu abang takde, ade tuisyen. Aku ingat lagi, masa tu aku tengah tengok tv kat ruang tamu, tiba-tiba dengar kecoh kat dapur. Masa tu aku tengok umi tengah lap badan abah. Rupa-rupanya badan abah berpeluh, tapi peliknya peluh tu peluh sejuk. Aku ingat lagi dialog tu. Umi tanya naper badan abah berpeluh, abah senyum je & jawab tolong lah lapkan.

Tak lama lepas tu, abah cakap abah nak masuk tidur kat bilik. Umi terus kejut aten ngan iju ajak masuk tido. Abang balik dalam pukul 10. Kami same-same tengok tv. Tiba-tiba dengar umi jerit dari bilik, Izat! Amer! Cepat masuk bilik, tengok abah nie. Masa tu, aku tengok abah dah tak sedar atas pangkuan umi. Aku terus pangku abah dari umi, ajar abah mengucap.aku tengok abang terus berlari keluar pegi panggil saudara aku yang duduk kat sekitar rumah. Lepas tengok takde respon, aku serah balik kat umi & terus pi telefon saudara yang laen.

Lepas telefon, aku masuk balik bilik abah, masa tu aku tengok air mata umi dah mengalir. Tak lama lepas tu,saudara yang duduk dekat rumah sampai. Tapi nenek belah umi belum sampai, aku keluar rumah nak pi panggil. Masa tu, 1 je doa aku, janganlah KAU biarkan aku jadi yatim ya ALLAH. Tak samapai separuh jalan. Aku tengok nenek aku tengah berjalan, aku terus capai tangan dia & ajak dia cepat. Dalam bilik abah, saudara yang duduk kat sekitar rumah dah ada. Masa tu, pak cik aku ajar abah mengucap. Masing-masing tengah picit badan abah. Masa tu jugak aku pandang kaki abah, dah berlunjur ke depan. Tapi aku tak percaya. Abah nesti takde pape. Nenek saudara aku mintak aku dengan abang picitkan betis abah. saudara laen pon tolong picitkan sekali. tak lama lepas tu, abah mula sedar & ucapkan ALLAH tak berhenti sambil mengucap. Lepas tengok ramai orang dalam bilik tengah picitkan dia, dia terus cakap, berhentilah, dah takde pape. Tapi semua cakap takpe, sambil mintak abah baring je.

Mase tu, umi tanya abah, abah saket kat mana, tapi macam biasa abah senyum je sambil cakap tak sakit pape pon. ALLAH je tahu betapa leganya hati aku masa tu. Tak lama lepas tu, abah bangkit dari tilam, abah keep cakap abah dah tak saket sambil mintak semua tak yah lah picit lagi. Masa tu lah jugak umi tanya lagi, abah bagitahu lah abah saket kat mane. Wajah abah senum jugak sambil cakap tak saket pon. Umi tanya lagi soalan same, masa tu lah riak wajah abah dah laen siket. Abah cakap tak saket pown, cuma kat belakang leher nie je saket siket. Umi pegang belakang leher abah & tanya kenapa keras sangat belakang nie bah? Masa tu abah dah separuh sedar balik. Semua suruh abah baring balik, tapi abah peluk nenek aku kat depan. Umi tanya naper baring kat mak? Baring lah kat tilam nie. Tak lama lepas tu, abah baring kat pangkuan umi & peluk umi erat-erat. Tapi pelukan tu makin lama makin longgar. Umi baringkan balik abah kat tilam. Masa tu pak cik aku periksa nadi dia, sambil cakap dah perlahan sangat.

ALLAH je tahu betapa hancurnya hatiku masa tu. Aku keluar kat beranda rumah sambil nanges. Masa tu abang datang kat sebelah aku sambil cakap, yie tak baek tahu nanges sangat. Tapi aku memang tak leh kawal lagi. Tak lama lepas tu, pak li & ayah wan sampai. Dieorang tanya abah mana? Aku mampu geleng kepala je then baru cakap, abah dah takde. Semua terkejut & gegas naek ke rumah. Semua tak percaya, even malam tu ramai yang telefon balik lepas dapat tahu berita tu. Masing-masing tak nak percaya sebab abah memang jarang saket. Moga ALLAH rahmati abah.

Abah,

Kejap je kan. Sedar-sedar dah 9 tahun abah tinggalkan orang. Hari-hari rasa macam kosong je. Rasa macam semalam je orang cium tangan abah masa nak pi sekolah.

Baru lagi rasanya orang tolong mandikan jenazah abah. Pilu sanagt bah bile ingat balik. Rindu nak bermanja ngan abah macam dulu-dulu. Mesti abah ingat lagi kan malam sebelum abah meninggal, malam tu orang belasah iju cukup-cukup sampai die nanges. Sumer pasal berebut nak tengok tv. Masa tu abah keluar bilik. Orang dah takut ingat abah nak marah orang, tapi alik-alik abah marah iju sebab cari pasal ngan orang. Abah mane leh marah orang, nanti kalu orang majuk, abah jugak yang kene pujuk.

Teringat masa abah tengah nak tanam apa ntah, masa tu orang maen kapak, abah larang, tapi orang wat dunno je. Tak lame pas tu kapak tu cari pasal ngan orang. Calarkan ibu jari siket. Anak manja abah nie ngadu kat abah. Ingatkn abah nak sapu ubat, tapi abah marah pulak.lepas kene marah tu r orang nanges, actually bukan sebab saket pon, tapi taknak kene marah lagi. Masa tu lah abah ucapkan nasehat keramat abah. Jangan nanges, anak abah kene kuat. Tapi orang nages jugak. Memang ngengade. Tapi sweet sangat saat tu kan bah?

Mesti abah ingat lagi kan time iju kene api dulu? Orang nak gelak kat iju, tapi tak jadi lepas tengok muka risau yang amat abah. Kalau boleh masa tu jugak abah nak bawak iju pi klinik, tapi masa tu dah tengahari, hari jumaat pulak tu. Tapi kan bah, sampei sekarang iju jadi bahan, orang bakar sampah, die pi bakar tangan.

Tapi, sumer dah jadi kenangan. Abah dah takde. Kalau orang majuk pon sekarang takde orang dapat pujuk. Abah je yang tahu camne nak pujuk anak abah yang sorang nie & rahsia tu selamat ngan abah sampei bile-bile.

Dulu Cu ada citer, masa tok teh masuk ward dulu, cu pernah kenekan abah. Bagitahu doktor nak penderma darah, abah dah laen macam masa tu. tapi kelakar kan bah, sebab sekarang orang pon takut ngan darah. Entah raya tahun bila entah, masa kak azna balik, semua buat medical check up ngan die, tapi abah sorang je yang ngelat. So, sekarang baru lah orang tahu naper orang alergik ngan doktor. Orang kan anak abah!

Orang ingat lagi macam mana abah lalui hari-hari abah. Tak pernah pon abah mengeluh walau hari-hari abah berulang alik ngan rumah tok teh. Orang bangga sangat bile dengar orang cakap, alhamdulillah, nak meninggal pon sempat berbakti pada mak sendiri. Orang nak jadi macam tu jugak. Nak jage umi bebaek macam abah jage tok teh. Nak jadi anak yang soleh untuk abah ngan umi.

Tadi pak su ada anto sms. Die cakap abah beruntung ada kami. Orang tahu bah, sebenarnya dia pon rindu kat abah, lebih lagi dari orang rindu kat abah. Saper yang tak sayang kat abah kan?

Orang mintak maaf sesangat ngan abah. Orang tak leh nak jadi anak abah yang kuat. Luar nampak matang, tapi dalam hati ada taman. Orang tetap anak abah yang manja macam dulu.

Abah, ALLAH je tahu betape rindunye nak bermanja dengan abah. Hari nie genap 9 tahun abah tinggalkan orang. Moga abah aman di sana.

Orang nak pi bersiap dulu. Nak bacakan something untuk abah. Pak su pon same. Terima kaseh bah sebab dah besarkan orang ngan penuh kaseh sayang. Biar lah orang laen nak cakap orang anak yang tak kenang budi ke ape, sebab abah ngan umi lagi tahu orang macam mana.

orang mintak diri dulu bah. Esok insyaALLAH orang ziarah abah macam biase..

salam sayang dari orang,

-anakabahyangmanja-

Al-fatehah untuk almarhum ayahanda Muni bin Abdullah,

Kembali ke rahmatullah pada 11.45pm, 20 mei 2001

my playlist

visitors

chatting zone


ShoutMix chat widget

Followers